Parti Thai Rak Thai masih cerah Rampasan_kuasa_di_Thailand_2006

Parti pembangkang seperti Demokrat tidak berpeluang menggantikan Parti Thai Rak Thai (TRT) walaupun Thaksin telah digulingkan.

Parti Thai Rak Thai tetap membolot sokongan 50 % undi jika kerajaan tentera mengadakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

Jika 30 juta penduduk keluar mengundi, sekurang-kurangnya 15 juta akan mengundi TRT walaupun tanpa Thaksin Shinawatra bertanding dalam pilihan raya itu. TRT mempunyai banyak sokongan yang tidak dimiliki parti lain.

Daripada 400 kerusi di Parlimen, terdapat kira-kira 140 kerusi di kawasan utara dan timur laut di mana TRT dengan mudah boleh memenangi kira-kira 120 kerusi.

Populariti Thaksin dan TRT tidak mungkin terhapus. Contohnya di Chiang Mai dan di kawasan timur laut yang merupakan kawasan penduduk miskin . Bilionaire seperti Thaksin disukai oleh penduduk luar bandar. Di Bangkok Thaksin dibenci kerana banyak kontroversi dan rasuah tetapi tidak di luar bandar. Thaksin menabur wang dan projek pembangunan ke kawasan luar bandar.

Thaksin satu-satunya perdana menteri yang mendekati penduduk miskin dan cuba membasmi kemiskinan. Amat sukar untuk melenyapkan kuasanya. Parti lain akan mendapati sukar untuk meraih sokongan rakyat di kawasan luar bandar.

Kiranya TRT dibubarkan atau berpecah akibat pertikaian dalaman, sesetengah pemimpinnya seperti bekas Menteri Perdagangan Thailand Somkid Jatusripitak dan Menteri Pendidikan Thailand Chaturon Chaisang mempunyai kewibawaan dan dengan mudah boleh meraih semula sokongan daripada bekas penyokong TRT sekiranya mereka membentuk parti baru.

Demokrat atau parti pembangkang lain sukar untuk menang dan membentuk sebuah kerajaan baru, kecuali mereka mendapat sokongan tentera atau pasukan keselamatan lain.

Parti Demokrat yang berusia 60 tahun adalah kuat di selatan tetapi 40 hingga 50 kerusi di sana tidak cukup untuk memenangi pilihan raya itu kerana kawasan tengah di mana terletaknya Bangkok mempunyai pembahagian sama banyak.

Santiparp Thai merupakan parti Islam tunggal di negara Thailand. Mukta Kila menjadi setiausaha agung parti Santiparp Thai. Parti ini tidak memihak kepada mana-mana parti. Tumpuan utama ialah membangunkan ekonomi penduduk Islam di selatan Thailand.

Berkaitan